Muar, 26 Jun 2026 - P&I Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada SMK Sungai Abong menerusi Program Sekolah Angkat MADANI sebagai komitmen dalam menyokong pembangunan pendidikan negara.
Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di SJKC Chung Hwa 2B, Muar yang disempurnakan oleh YB Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri, selaku wakil rasmi kepada YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan.
P&I Malaysia diwakili oleh Encik Mohd Hafizul bin Roslan, Pengurus Komunikasi Korporat dan Cik Affizalina Ramatun binti Mohd Sufian, Penolong Pengurus Besar. Majlis turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, wakil PIBG serta para jemputan.
Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi menyokong keperluan utama sekolah meliputi penambahbaikan infrastruktur, ICT dan pendigitalan, program pembangunan murid, serta keperluan lain berkaitan peningkatan kualiti pendidikan.
P&I Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyokong pembangunan pendidikan serta memberi manfaat kepada komuniti.