Rumah » Berita Media

Sesi Libat Urus bersama Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan Sabah di Sandakan Mengenai Operasi Kapal Perdagangan Barter

14 September 2026

Sesi Libat Urus bersama Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan Sabah di Sandakan Mengenai Operasi Kapal Perdagangan Barter

SANDAKAN - P&I Malaysia telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Sandakan dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) Sandakan. Sesi ini bertujuan mendapatkan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai pengoperasian kapal barter trade di Sabah serta keperluan perlindungan liabiliti marin yang berkaitan.

P&I Malaysia diwakili oleh Encik Rudy Andrew Jeyaraj, Ketua Pegawai Eksekutif dan Cik Affizalina Ramatun, Penolong Pengurus Besar (Tuntutan, Pengurusan Risiko & Audit Dalaman). Turut hadir ialah Encik Azman Abdul Latip, Ketua Pejabat Laut Cawangan Sandakan, JLM dan Encik Peter Justine, Penolong Pegawai Pelabuhan, JPDS Sandakan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan semasa, keperluan pengoperasian serta perkara berkaitan perlindungan insurans Protection and Indemnity (P&I). Lawatan lapangan turut diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat mengenai keadaan dan keperluan operasi setempat.

Sesi ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan mengenal pasti isu yang memerlukan perhatian. Ia juga memperkukuh penyelarasan antara P&I Malaysia dengan agensi berkaitan.