Program Santuni Madani P&I Malaysia: Prihatin Warga Emas Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor

Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor telah dipilih sebagai Kampung Angkat Perlindungan Dan Indemniti Malaysia (P&I Malaysia). Program Santuni Madani ini merupakan inisiatif cetusan idea oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung yang terpilih.

Satu majlis perasmian dan penyampaian sumbangan di kampung tersebut telah diadakan dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif P&I Malaysia, En. Rudy Andrew Jeyaraj, bersama barisan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan P&I Malaysia. Majlis ini turut dihadiri dan mendapat kerjasama daripada Panghulu Mukim Pulau Pangkor, Puan Zarina Binti Ishak serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Kampung.

Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor merupakan sebuah perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya bergantung kepada hasil laut untuk menyara kehidupan mereka. Namun, terdapat golongan warga emas di kampung ini yang telah hilang keupayaan untuk bekerja akibat usia lanjut, menjadikan mereka terdedah kepada kesusahan hidup. Sehubungan itu, P&I Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan bebanan hidup seharian mereka yang terlibat dengan memberi sumbangan dari segi kewangan dan makanan asas sertamemupuk semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. Hubungan erat antara P&I Malaysia dan penduduk Kampung Teluk Kecil turut diperkukuhkan melalui inisiatif ini, di mana keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan menjadi fokus utama.

——

1st October 2024: Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor, has been officially adopted as a “Kampung Angkat” (Adopted Village) by Perlindungan Dan Indemniti Malaysia (P&I Malaysia). Santuni Madani program is an initiative inspired by YAB Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim, aimed at enhancing the potential of villages and empowering communities through direct engagement and hands-on monitoring to identify the socioeconomic issues and needs of selected villages.

A launching ceremony and donation presentation in the village was officiated by the CEO of P&I Malaysia, Rudy Andrew Jeyaraj, accompanied by a team of volunteers from P&I Malaysia. The event was warmly welcomed by the Penghulu Mukim Pulau Pangkor, Zarina Binti Ishak, along with the Village Committee members.

Kampung Teluk Kecil is a fishing village where the majority of residents rely on the fishing for their livelihood. However, many elderly villagers have lost their ability to work due to old age, leaving them vulnerable to hardships. Recognizing this, P&I Malaysia has proactively stepped in to assist those affected.

The primary objective of this program is to alleviate the daily burdens of these elderly individuals through financial support and basic food supplies while also fostering a spirit of compassion and unity within the local community. This initiative also strengthens the bond between P&I Malaysia and the residents of Kampung Teluk Kecil, with a focus on caring for those in need.

//
Our team is here to answer your questions on WhatsApp. Ask us anything!
👋 Hi, how can i help?